This blog was created for the purpose of expressing and sharing thoughts, opinions, stories and news about human being’s life such as Social, Economy, History, Science & Technology, Religion, Culture, Sports, Politics and Current Issues in Malaysia and around the world. This blog posts will be written in either English or Malay
Wednesday, July 23, 2014
Kotak Hitam MH17 Diperiksa Pakar Britain
KUALA LUMPUR – Kotak hitam pesawat MH17 telah diserahkan kepada pasukan pakar dari Britain untuk analisa, manakala proses mengenal pasti mangsa akan dilakukan oleh penyelidik Belanda.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pakar yang dipilih mempunyai kepakaran untuk menjalankan siasatan berhubung tragedi itu.
“Apa yang penting bagi kami adalah untuk mendapatkan kebenaran, untuk memastikan bahawa (siasatan) tidak diganggu dan untuk memastikan integriti (siasatan),” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, semalam.
Dua kotak hitam milik MH17 yang ditemui di tapak nahas pesawat itu diserahkan kepada pasukan siasatan dari Malaysia, kelmarin, oleh puak pemisah Ukraine selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencapai persetujuan dengan ketua pemisah, Alexander Borodai.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, dua pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia dalam keadaan bersiap sedia sekiranya diperlukan untuk pemindahan mayat mangsa MH17 yang akan diterbangkan ke Amsterdam sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing selepas proses mengenal pasti identiti mayat dilakukan.
Hishammuddin turut memuji usaha Najib berurusan dengan pemberontak yang akhirnya membolehkan mayat mangsa dibawa keluar dari lokasi nahas dan kotak hitam dikembalikan kepada pihak berkuasa Malaysia.
“Beliau mengendalikan keadaan dengan berhemah dan kebijaksanaan yang diperlukan.
“Itu adalah bahagian yang paling sukar. Sekarang, tugas kita adalah untuk memastikan yang terbaik daripada kemampuan kita seperti yang dijanjikan, membawa pulang mayat mangsa kepada keluarga mereka sebelum hari raya (hujung bulan ini),” katanya.
Sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment